|
|
|
|
Selamat datang ke website ini. Semoga bahan-bahan yang disediakan di sini dapat memberi gambaran yang jelas dan benar mengenai Islam sebagai bekalan di sepanjang kehidupan kita yang semakin hari semakin mencabar.
Bahan-bahan di website ini akan cuba diperlengkapkan dari semasa ke semasa.
Semoga bahan-bahan yang dipaparkan di sini dapat disebarkan kepada masyarakat sebagai salah satu usaha dakwah yang termampu oleh kita.
Semoga usaha-usaha kita mendapat keberkatan dan keredhaan Allah SWT dan menjadi bekalan untuk hari Akhirat yang kekal abadi.
Semoga Allah menjadikan kehidupan kita yang seketika ini benar-benar bermakna sebagai bekalan untuk Hari Pertemuan denganNya.
Saya minta maaf keran laman web Rehlah Tarbawiyyah dan Baitun Dakwah tidak dapat dikemaskini kerana kesukaran untuk Log in..mungkin kerana laman web percuma dan sebagainya. Saya mungkin hanya akan memberi tumpuan laman web ini sahaja
Jika ada sebarang komen atau ingin memberi pandangan sila hantakan ke azmibhr@yahoo.com . Atau sertai Abu Umar's Forum dengan 'click' butang forum di atas
Ijlis Bina Nu'min Saa'ah
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan begitu sahaja mengatakan : Kami telah beriman. Sedangkan mereka tidak diuji lagi. "
( Surah al Ankabuut : 2 )
Ayat ini menggambarkan hakikat bahawa kehidupan kita ini sebenarnya mestilah melalui ujian-ujian daripada Allah s.w.t. Lebih-lebih lagi terhadap mereka yang beriman kepada Allah s.w.t, akan diuji dengan berbagai bentuk ujian agar Allah s.w.t mengetahui siapakah di antara hambanya yang benar-benar beriman. Oleh itu Allah s.w.t akan menguji mereka yang benar-benar dan bersungguh-sungguh ingin beriman kepada Allah s.w.t.
bravenet.com